SYEIKH Abdul
Kadir Abdul Mutalib dalam buku tasauf Penawar Bagi Hati menjelaskan mengenai
sepuluh celaan Allah kepada manusia akibat dari kelakuan dan tabiat manusia
sendiri ketika menempuh kehidupan seharian. Sepuluh celaan itu berdasarkan
sepuluh sikap yang lazim dilakukan manusia iaitu:
1. Gelojoh ketika makan
Dalam erti kata lain, seseorang yang kuat dan tidak bersopan ketika makan. Sikap ini juga meliputi maksud makan terlalu kenyang, menyediakan makanan dalam jumlah yang berlebihan, yang akhirnya membawa kepada pembaziran.

2. Banyak bercakap
Allah mencela manusia yang suka bercakap perkara yang sia-sia, fitnah memfitnah, umpat keji dan kata mengata kerana semua jenis percakapan itu menjurus kepada permusuhan dan perbalahan sesama manusia.

3. Suka marah-marah
Kemarahan boleh membuat seseorang itu bertindak di luar batas kemanusiaan. Perbuatan marah akan diikuti dengan maki hamun, mengherdik dan perkelahian yang boleh mengakibatkan kecederaan atau pembunuhan.

4. Hasad dengki
Seseorang
yang bersifat dengki sanggup melakukan apa saja dalam bentuk kejahatan atau
jenayah. Perbuatan menipu dan sanggup memusnah hidup orang lain adalah antara
sifat keji yang lahir dari perasaan hasad dengki. Rasulullah bersabda: ‘Dengki
itu memakan segala kebaikan’ (riwayat Muslim).
5. Kedekut & bakhil
Rezeki yang
Allah kurniakan lebih suka disimpan hingga bertimbun banyaknya. Sifat kedekut
menghijab (menutup) seseorang dari membelanjakan sebahagian dari hartanya ke
jalan kebaikan termasuk menderma, membuat kebajikan kejalan Allah dan membantu
orang yang memerlukan.
6. Bermegah-megah
Ia termasuk sikap suka status atau jawatan, gelaran dan menerima sanjungan.
Ia termasuk sikap suka status atau jawatan, gelaran dan menerima sanjungan.
7. Cintakan dunia
Terlalu
menghambakan diri kepada perkara duniawi hingga melupakan tuntutan ukhrawi.
Rasulullah bersabda: “Bekerjalah kamu di dunia seolah-olah kamu akan hidup
seribu tahun, dan beramallah kamu untuk akhirat seolah-olah kamu akan mati esok
hari.” (riwayat Bukhari dan Muslim).
8. Ego atau sombong
Sifat membuat seseorang merasakan dirinya mempunyai kelebihan dalam banyak perkara dari orang lain hingga mereka lupa bahawa hanya Allah saja yang bersifat maha besar.
Sifat membuat seseorang merasakan dirinya mempunyai kelebihan dalam banyak perkara dari orang lain hingga mereka lupa bahawa hanya Allah saja yang bersifat maha besar.
9. Ujub dan suka bangga diri
Perbuatan
ini ada unsur megah dan sombong dengan kelebihan dan kepandaian yang dikurniakan
Allah. Rasa bersyukur tidak ada lagi dalam diri kerana telah diselaputi
perasaan ego.
10. Gemarkan pujian atau riak
Manusia
jenis ini suka meminta dipuji dalam setiap perkara yang dilakukan. Sikap
baiknya, jasa dan baktinya mahu dikenang sampai bila-bila. Ini jelas
membayangkan bahawa sikap baiknya selama ini, tidak diiringi dengan kejujuran
dan keikhlasan.
Sepuluh
sikap yang dicela Allah ini, jika diamalkan, akan termasukdalam kategori
melakukan dosa besar.